Monday, 30 December 2013

Adab Memerangi Pemberontakan. .

Yang lari tidak di kejar, yang tertangkap tidak di bunuh

Selepas peperangan di lancar mana-mana pemberontak yg melarikan diri dari medan peperangan, tidak dibenarkan untuk di kejar.Demikian juga tidak dibenarkan membunuh mereka yang cedera. Peperangan hanya bertujuan untuk membalas serangan sahaja. .

Boleh memenjarakan ?

Yang ini wajib jika enggan menyerlah,memberi baiah dan taat setia  sehingga peperangan tamat dan                kumpulan pemberontakan ditumpaskan bgi mengelak perkara buruk.Selepas itu, dia hanya                            dibebaskan setelah berjanji tidak  akan terlibat  lagi dgn peperangan

Terpelihara hak milik ?

Hak milik mereka tidak boleh di rampas atas nama harta  rampasan perang.Walau bagaimanapun,beberapa perkara perlu dilihat, jika berupa peralatan perang, maka berhak menyimpannya sehingga peperangan tamat dan selepas  pemerintahan berhak menyimpannya sehingga  peperangan tamat serta yakin mereka tidak akan melancarkan lagi peperangan. .jika berlaku kekeliruan, harta tersebut tidak perlu  dipulangkan dan akan di kekalkan sebagai jagaan negara sebagai hak milik negara..



Sunday, 29 December 2013

Bahasa Melambangkan Bangsa. .







Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputra asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal". Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat beberapa suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun pahu, Dusun Lotud, Bahagak, Dusun Labuk, Tagahas, Tangara, Dusun, Orang sungai, Tambanuo, dan sebagainya.

Pada mulanya Tun Fuad Stephens guan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. 




Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. 

Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.. .




Belajar Bahasa Dusun Bah. .

Dusun | Melayu

1

Onggo pakayaan nu? Kamu pergi mana?
Onggo tongoyon? | Kamu ke mana?
Mongoi oku hilo id PasarSaya ke Pasar.
Nokokawin ko noh? Sudah kahwin kah?
Amu po. Poimbujang po. / osongulunan po. | Belum lagi. Masih bujang.

2

Muhang oku dika. | Aku cinta padamu.
Sumonong-sonong mamanau. | Selamat jalan.
Hino ko po. | Selamat tinggal.
Soira kopisolowot kawagu? | Bila kita jumpa lagi?
Koimbagu. | Lain kali saja.

3

Kada kaarau-arau. | Jangan terburu-buru.
Nokoakan ko noh? | Sudah makan?
Nokoakan ko noh toi ko amu? | Sudah makan atau tidak?
Kanou makan tokou. | Mari kita makan.
Nokoakan oku noh. | Saya sudah makan
Asahang kasari. | Ceria selalu. .


Friday, 27 December 2013

Sedekah Paling Baik. .


     "Dari abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : Sedekah yg paling baik adalah seorang muslim yang belajar kemudian mengajarkannya kepada Muslim yg lain"
Riwayat Ibn Majah

Kepada manusia sekalian dan kepada diri sya juga sendiri...
Alangkah beruntungnya masih belajar. Kelebihan penuntut ilmu itu banyak. Tambahkan sedikit sahaja lagi iaitu mengajarkannya kpd org lain, maka ia akan jdi sedekah yg paling baik. Bagaimana berkongsi ilmu dengan orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi menuntut ilmu?????


Ada caranya :

  • Tahu satu ilmu , sampaikan satu ilmu . kemudian cari lagi..
  • Ceritakan kpd ibu bapa apa yang dipelajari. .
  • Membantu adik-beradik menelaah dan menyiapkan kerja sekolah. .
  • Membantu rakan-rakan yang tidak memahami sesuatu pelajaran. . 

The Big BOSS

BISMILLAH PEMBUKA BICARA.. 


Pada tahun 1995 bersamaan 09 jun  pd jam 3.40 a.m lahir la seorang jejaka yang boleh tahan la cutenya. . . hah ni la dia yg d maksudkan jeng jeng jeng ish3x boleh tahan laa. . . . . .



BAKHTIAR
BBijaksana
AAmanah
KKomited
HHarum
TTulus
IIkhlas
AAlim
RRamah

Mohd Bakhtiar bin Alam adalah nama yg d berikan oleh Daddy ku hasil perkahwinan mummy + daddy yg bermaksud "Yang Bahagia" wow !!!!
memang bahagia pn hdup ku ni tp kdg2x susah jg tp tak apalah mngkin Allah SWT sja nak menguji umatnya huhuhuhuhu. kawan-kawan panggil aku BAKH sja. .Berasal Dari Negeri di bawah bayu iaitu "SABAH" tp. . tinggal d Daerah Sandakan .. 
Aku berbangsa Dusun + org Sungai (haha agak pelik kn tp ia memang realiti). . Aku merupakan anak bongsu (agak manja laa juga) dan mempunyai seorang kakak hehehehe . .yang seringkali memarahiku,menasihatiku,membimbingku,dan mengajar aku menjadi seorang adik yang baik dalam keluarga. . hahaha cehh. .!!!! sebab dalam keluarga aku jak la yg paling BISING,NAKAL,SUKA KACAU ORG,DAN HURU HARA.. hahahaha. .setiap kali jumpa ada saja yang tidak bertikam lidah di dalam rumah tu. . mummy dan daddy pn dah berbuih sudah mulut menegur tp still juga bertengkar. . hahah tak apalah sebagai seorang adik yang penyayang  terpaksalah mengalah walaupun hakikatnya  aku tetap menang. . hehehehe


Semua org mempunyai prinsip hidup begitu juga aku. . aku berpegang pd prinsip "KAU HORMAT AKU. .AKU HORMAT KAU"ahhahahaha(main kau burung). . Aku berumur 18 tahun dan kini telah menyambung pengajian di salah sebuah institusi kerajaan iaitu Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu  Sarawak (UPMKB)
Course yg di tawarkan boleh tahan bah hahaha;))  "DIPLOMA PERNIAGAANTANI". . namun bukan Course tu yg saya pilih tp. . nak buat mcm mna kan dah di tawarkan ambil jak la sdh rezeki kan. .huhuh.. :)) itu saja lah dari aku , kalau nak kenal lebih lanjut boleh jak bah.  .di Layaaann juga. .:))
SEKIAN. .! ASSALAMMUALAIKUM WBT. .

"Orait nopo"